My Blog List

PUSAT PENGAJIAN PONDOK (PPP)

Sedikit Pengenalan Mengenai PPP Buat Pengetahuan Sahabat-Sahabat Budiman...

Sejarah penubuhan PPP ini bermula dari cetusan rasa kebimbangan oleh para ulama' Melayu Kelantan atau lebih dikenali di kalangan penduduk Kelantan sebagai 'Tok Guru'.
Ketandusan para ulama' dan tokoh-tokoh agama masakini kian ketara. Pemergian mereka tanpa pengganti yang layak mengambil alih tempat dan tugas mereka amatlah membimbangkan.

Menyedari hakikat ini, kerajaan Negeri Kelantan telah berusaha untuk mengembalikan keutuhan ilmu agama dan menghidupkan kembali suatu sistem pengajian agama yang semakin dilupai.

Maka hasil beberapa pertemuan dan kajian, tertubuhlah pusat pengajian Islam ala pondok yang ulung secara sistematik yang dinamakan Pusat Pengajian Pondok pada 11 Februari 1984 dengan harapan akan melahirkan ulama di zaman moden ini.

Pada 19 Mei 1997, Lembaga Pengiktirafan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam persidangannya kali ke 149 pada 30 Mac 1997 telah membuat keputusan bersetuju mengiktiraf kurikulum Pusat Pengajian Pondok ini.

Untuk memastikan pembelajaran di pusat pengajian ini lebih sistematik dan selaras dengan perkembangan semasa, sistem semester diperkenalkan di mana penuntut-penuntut akan belajar selama 6 semester di peringkat Thanawiah dan 6 semester di peringkat 'Aliah (Diploma).

Pusat Pengajian Pondok diharapkan akan terus menjadi penggerak kepada perkembangan keilmuan berasaskan dwisistem iaitu sistem pengajian pondok dan sistem pembelajaran akademik pada masa mendatang, Insya Allah..

LOKASI
Pusat Pengajian Pondok ini terletak di atas sebidang tanah seluas 56 ekar, di kawasan Telong, Jajahan Bachok, Kelantan. Kira-kira 40km dari Bandar Kota Bharu.

BAHASA DAN PENGAJIAN
Bahasa Pengantar : Bahasa Arab, Melayu dan Inggeris
Hari Pengajian : 5 Hari seminggu (Ahad - Khamis) tidak termasuk kelas pengajian kitab tambahan yang tidak rasmi.

PENGINAPAN :
Asrama pelajar disediakan secara percuma.

ANTARA JURUSAN YANG DITAWARKAN :
1- Qisim Dirosat Islamiah Wal Arabiah
2- Qisim Syariah

ALAMAT LENGKAP :

Pusat Pengajian Pondok,
Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Kg. Telong, Kandis,
16310 Bachok Kelantan.

Yayasan Islam Kelantan (YIK),
Kelantan Islamic Foundation,
Peti surat 248, Nilam puri,
15730 Kota Bharu,
Kelantan.

ADAB

ADAB-ADAB SEORANG PELAJAR MUSLIM

Adab Terhadap Allah s.w.t
1. Cintakan Allah s.w.t.
2. Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah s.w.t.
3. Takut dan harap kepada Allah s.w.t.
4. Bersyukur apabila diberi nikmat.
5. Bersabar apabila ditimpa kesusahan.
6. Melihat taufiq dan hidayah daripada Allah s.w.t apabila dapat melakukan ibadat dan ketaatan.
7. Sentiasa berzikir mengingati Allah s.w.t dan selalu bertaubat memohon keampunan dariNya.
8. Tidak berputus asa, sentiasa mengharapkan rahmat daripada Alllah s.w.t.
9. Melakukan segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya.
10. Beriman dengan penuh keyakinan terhadap qadha’ dan qadar Allah, kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmat disebaliknya yang tidak diketahui.

Adab Terhadap Nabi s.a.w
1. Cintakan Nabi s.a.w.
2. Beriman dan percaya dengan segala perkara yang dinyatakan oleh baginda s.a.w.
3. Kasihkan keluarga, sahabat dan sekelian umat Baginda s.a.w.
4. Memperbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w.
5. Memulia dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w.
6. Sentiasa mengharapkan syafaat Baginda dan bertawassul dengan baginda s.a.w.
7. Mengadakan majlis memperingati Baginda s.a.w seperti sambutan Maulidul Rasul, Isra’ dan Mikraj dan sebagainya.
8. Menyebut nama Baginda s.a.w dengan penuh adab seperti Saidina Muhammad atau Rasulullah atau Nabi Allah. Jika nama Baginda dan nama para anbia’, aulia’ dan orang-orang soleh tidak disebut dengan panggilan yang mulia, amalan seseorang itu boleh gugur dan dia akan mendapat dosa dan azab di akhirat kelak (sekirannya tidak bertaubat).
9. Selalu menziarahi maqam Baginda s.a.w.
10. Selalu memuji Baginda dalam semua keadaan dan berakhlak dengan akhlak-akhlak Baginda s.a.w.

Adab Bersama Guru
1. Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah da Rasul.
2. Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri.
3. Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.
4. Memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa menghormatinya.
5. Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
6. Lakukan apa yang paling disenangi oleh guru.
7. Hindari dari menyinggung perasaan guru.
8. Mendoakan keampunan dan kesejahteraan mereka.
9. Selalu menziarahi mereka atau menziarahi maqam mereka setelah mereka meninggal.
10. Mengambil berkat dengan mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.

Adab Bersama Ibu Bapa
1. Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara’.
2. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
3. Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab.
4. Segera menjawab panggilan mereka.
5. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan).
6. Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
7. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah.
8. Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia disamping menghadiahkan kepada mereka bacaan ayat-ayat al-Quran, tahlil dan sebagainya.
9. Memohon supaya mereka mendoakan untuk kesejahteraannya di dunia dan akhirat.
10. Berbincang apa-apa masalah dengan mereka dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.

Adab Memilih Sahabat
1. Pilih rakan yang berakhlak mulia dan taat kepada agama.
2. Pilih rakan yang tidak mementingkan diri sendiri.
3. Pilih rakan yang ikhlas dalam segala perkara.
4. Pilih rakan yang mahu membantu di waktu senang dan susah.
5. Pilih rakan yang rajin dan mahu diajak mengulangkaji pengajian.
6. Pilih rakan yang suka memaafkan kesalahan.
7. Pilih rakan yang bersifat rendah diri dan tidak sombong.
8. Hindari teman yang suka berdusta dan tidak jujur.
9. Hindari teman yang pemalas dalam segala perkara.

Adab Belajar
1. Sentiasa beristighfar, memohon keampunan kepada Allah s.w.t kerana dosa adalah kegelapan, ilmu dan istighfar itu adalah cahaya.
2. Berwudhui’, membersihkan diri, persekitaran dan pakaian.
3. Perbetulkan niat, belajar untuk menghilangkan kejahilan, untuk meninggikan syiar-syiar agama Allah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
4. Membaca al-Fatihah, selawat dan doa-doa belajar sebelum memulakan pelajaran atau sebelum mengulangkaji.
5. Memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran.
6. Sebaik-baik waktu untuk mengulangkaji ialah pada waktu 1/3 akhir malam (waktu sahur), antara maghrib dan isya’ dan pada waktu pagi.
7. Selalu merujuk kepada guru.
8. Selalu berbincang atau membuat ‘study group’ bersama rakan-rakan.
9. Sentiasa bersifat sukakan ilmu dan rendah diri.
10. Menunjuk ajar apabila diminta.

AMALAN PEMAKANAN UNTUK MENGUATKAN INGATAN & MENGATASI KELUPAAN
1 . Manisan madu lebah asli.
Amalkan selalu memakannya setiap hari, sekurang-kurangnya satu sudu sehari. Dapat menyihatkan otak dan tubuh badan.
2. Air zamzam.
3. Tamar atau kurma.
4. Susu segar. Susu mengandungi bukan sahaja protein tetapi mineral dan vitamin serta antiseptic. Susu yang terbaik untuk kekuatan daya ingatan adalah susu biri-biri, kambing dan lembu.
5 . Kismis atau zabib
Selalu mengamalkan memakan kismis dapat menghilangkan khak (balgham) dan membersihkan hati. Ulama’ mengesyorkan supaya zabib atau kismis ini dimakan sebanyak 21 biji setiap pagi sebelum makan apa-apa makanan. Sesiapa mengamalkan memakannya dengan cara sebegini, ingatannya akan menjadi kuat dan terhindar dari penyakit stroke, insya Allah.
6. Halia.
Sebaik-baiknya ialah halia merah yang dibuat sebagai manisan dimakan pada waktu pagi
7. Kekacang
Seperti gajus, badam, pistachio dll.
8. Kemenyan putih
Juga dikenali sebagai kemeyan arab. Hendaklah direndam pada waktu malam dan pada waktu pagi (sebelum sarapan) minumlah air rendaman tersebut
9. Kuning telur
10. Lobak.
11. Bunga cengkih
12. Daging burung merpati.
Sebaik-baiknya dibuat sup. Jika daging ini diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas dan diamalkan selalu, insya Allah kanak-kanak tersebut akan manjadi seorang yang bijaksana.
13. Minyak sapi.
14. Hati.
15. Za’faran.
16. Otak ayam.
17. Roti kering
Pemakanan Mengikut Persepktif Islam :
1. Halal.
2. Berkualiti.
3. Berjadual

No posts.
No posts.